Tuesday, 27 September 2016

Model MAN adalah kerja berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah kami Madam Karimah. Kami diberi masa untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh 3 minggu. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh kami pada mulanya. Antaranya ialah kami kekurangan bahan jadi kami terpaksa menangguh kerja tersebut dan melengkapkannya di hostel. Jumlah bajet yang dikeluarkan untuk menyiapkan tugasan ini adalah dalam lingkungan RM15. Bajet yang digunakan adalah tidak terlalu tinggi kerana kami menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, botol mineral, lidi dan sebagainya. Jadi, kami boleh menyelamatkan alam sekitar selain menyiapkan tugasan ini, Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan saya iaitu Azizah, Maryam, dan Nabilah dalam menjayakan tugasan ini. Saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.


No comments:

Post a Comment